About Me

My Photo
iSihat
pemilik blog hai sihat ini ialah nor nazura samsu & erna julianti zulman. kami adalah peladang yang baru belajar untuk berblogging. harap ilmu yang disampaikan menjadi buah inspirasi kepada anda :)
View my complete profile

Followers

Thursday, 23 August 2012


Apa itu KZM ?

Kurang zat makanan ialah pembesaran yang terencat boleh menyebabkan kurang berat badan. Kekurangan berat badan terjadi disebabkan pengambilan makanan yang kurang berbanding dengan keperluan harian. Jika, anak-anak anda tidak mengambill zat makanan sejajar dengan dengan usia ini akan mengakibatkan kesan seperti perkembangan intelek dan sosial anak terjejas. Oleh itu, kita perlu mengambil langkah yang awal untuk mencegah ianya berlaku. 

 Jenis – jenis kurang zat makanan terbahagi kepada 2:
·         Kurang zat makanan sederhana -   (≥ -3SD  hinngga ≤ -2SD)
·         Kurang zat makanan teruk – (≤ -3SD )
carta perkembangan bayi


   Apa yang perlu dilakukan ?

Kekerapan memberi makanan yang berkhasiat bagi umur 1 hingga 3 tahun ialah 4 hingga 5 kali sehari dengan 1 atau 2 kali snek berkhasiat.


Makanan ringan yang berkhasiat ialah:

o Jagung rebus

o Sandwic

o Buah – buahan

o Susu kacang soya

o Susu

o Dadih

o Air buah – buahan




piramid makanan


o Karbohidrat – merupakan sumber tenaga untuk kanak-kanak.

o Serat, vitamin dan mineral- mengelakkan dari untuk mendapat penyakit.

o Protein-dapat membina tubuh badan menyembuhkan luka

o Lemak-sumber sampingan tenaga bagi kanak- kanak

  

 Contoh menu makanan bagi kanak-kanak 1 – 3 tahun

 Sarapan pagi
-1 gelas susu
-2 keping roti

Minum pagi
-3 keping biskut
-1/2 gelas minuman bersusu

Makanan tengahari
-1/2 cawan nasi
-1 ketul ayam goreng
-2 sudu makan sayur
-air masak

Minum petang
-1 keping kuih
-1 potong buah
-1/2 gelas minuman bersusu

Makan malam
-1 mangkuk mihun sup
-Air masak
-1 gelas susu

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Provider

Total Pageviews

Catatan Popular Minggu ini

Jangan Klik!!